Sepasang suami isteri Sergey
dan Katya dari Rusia cepat-cepat berlepas ke Singapura sebelum bumi eropah
diselimuti salji. Mereka telah berkayuh selama 3 bulan dan belum pasti lagi
bila mereka bakal pulang ke Rusia semula.
Senang hati mendengar mereka berdua mempunyai
ikatan perkahwinan. Saya pun mudah nak siapkan satu bilik tidur sahaja. Bagi
yang belum berkahwin ini biasanya laki-laki akan berkemah di anjung ataupun
tidur di lantai ruang tamu. Dengan ikatan perkahwinan ini, biasanya saya lihat
mereka lebih telus antara satu sama lain dan tahu menyembunyikan kemesraan yang
tidak sepatutnya dibuat di khalayak ramai.
Mereka berkahwin pada dua tahun lepas ketika
masing-masing berumur 30 tahun. Katya kata tak ada upacara perkahwinan di
gereja seperti budaya orang-orang eropah. Di Russia kedua-dua calon perlu pergi
ke pejabat perkahwinan, dan tandatangani dokumen. Kemudian pengesahan diberikan
dengan mengecop buku passport. Saya fikirkan pasport travel rupanya tak ada
identiti card mereka berupa sebuah buku seperti passport.
Russian yang mahu juga berkahwin
di gereja, pasangan perlu menyediakan satu lagi prosedur lain. Tetapi hanya 10%
saja pasangan yang melakukan upacara di gereja. Ramai juga pasangan tinggal
bersama tanpa ada ikatan perkahwinan
ini. Tika pasangan mahu memiliki anak, mereka akan mendapatkan cop perkahwinan.
Di kemudian hari, pasangan
yang berpisah mudah untuk memberikan apa-apa hak terhadap naak mereka. Secara undang-undang,
mereka sudah ada bukti rasmi siapakan emak dan bapa kepada anak tersebut.
Selepas urusan cop
perkahwinan, keluarga masing-masing akan berkumpul di sebuah restoran untuk
meraikan perkahwinan ini. Katya berkahwin di Moscow dan mengundang 30 orang
sahaja tetamu. Tambahan pula, emak ayah masing-masing perlu terbang dari Siberia
dan Tasik Baikal dengan adik-beradik mereka.
Rata-rata Russisan yang memiliki
tiga atau empat orang adik-beradik sudah dikatakan sebagia keluarga besar. Jadi 30 orang tetamu sudah memadai cukup bagi
sebuah majlis. Semasa kakak Katya berkahwin di Tasik Baikal, jemputan 100 orang
pula dianggap sangat ramai. Lagipun,
jiran-jiran rapat dan teman-teman pejabat serta saudara mara tak perlu
diterbangkan ke mana-mana. Cuma dua tiga langkah tak jauh dari rumah mereka.
500 kad jemputan di kampung
saya sendiri pulak dianggap sikit. Suami isteri diundang menjadi 1000 orang
tetamu. Belum 1000 kad jemputan diedar
lagi hihihi.
Emak dan bapak Katya
mengambil masa 5 jam penerbangan dari Tasik Baikal menuju ke perkahwinan mereka. Perbezaan waktu
juga antara dua kota adalah 5 jam. Perjalanan dengan keretapi pula memakan masa
5 hari, punyalah besar tanah Russia ini.
Perjalanan itu dirasakan sangat
jauh bagi emak dan bapaknya. Mereka tak pernah keluar negara Russia kerana
merasakan negara mereka sudah memadai untuk meluangkan cuti-cuti mereka
sekeluarga.
Russian pun baru-baru saja
terbuka untuk mengembara dengan basikal mengedari dunia. Pada permulaan Katya
mahu ke luar negeri, dia mendapat tentangan dari keluarga mereka yang tipikal Russian.
Russian yang memiliki wajah serius, menentang kesejukan setiap hari pulang dan
pergi ke tempat kerja. Matlamat terbesar ibu bapa Russian adalah menjaga
keperluan dan kebajikan seisi keluarga mereka. Harus membayar banyak bil,
memanaskan rumah mereka, membeli banyak baju sejuk, membeli bekalan makanan
yang secukupnya dan lain-lain.
“Emak, perjalanan ke London memakan masa 5
jam, sama untuk saya pulang ke Tasik Baikal. Tapi saya memilih London”, gurau
Katya kepada emaknya agar dia tenang merelakan anaknya pergi ke suatu tempat
yang tidak jauh juga dari sisinya. Lama
kelamaan emak bapaknya terbuka dan saling bertanya khabar dunia di luar kotanya,
setiap hari Katya akan menghantar khabar dan foto-foto perjalanannya.
Sergey pula berasal dari
negeri Siberia. Saya punyalah fikir-fikir Siberia tu sebuah negara jiran bagi
Rusia. Mereka pun tolong fikir kenapa Siberia terkenal bagi saya. Katya kata
Siberia mungkin sangat terkenal dengan sumber permata dan intan, serta sumber asli yang lain.
Lama kami berborak hingga menyentuh bab
landasan tren yang menghubungkan banyak kota-kota Rusia. Barulah saya ingat
tentang tren Siberian yang sangat masyur tu. Ramai orang yang mereka jumpa menanam hasrat
untuk membuat rekod peribadi menaiki tren tu, termasuk saya.
Katya kata ramai Russian
menggunakan pesawat, tapi tak semua negeri memiliki landasan kapal terbang,
Russian perlu melakukan banyak connection antara kenderaan awam. Tiket pesawat
tak begitu mahal, kerana ia suatu keperluan penting bagi Russian, setiap hari beratus
flight domestik menyeberang kota-kota. Namun ada Russian yang memilih tren, tahan
atau tidak sahaja dengan perjalanan yang jauh berhari-hari dengan servis yang
sederhana.
Seluruh Rusia terdiri
daripada lebih 80 buah negeri atau mungkin 100 menurut Katya. Dan sebab keluasan tanah masing-masing, setiap
negeri diurus spenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Setiap negeri mempunyai hasil
ekonomi dan undang-undang sendiri.
Misalnya negeri kaya seperti
negeri Islam Chechnya mempunyai sumber petroleum yang banyak. Seisi kotanya
dibangunkan dengan baik dan indah-indah, tak hanya tertumpu kepada pengurusan masjid-masjid
saja. Rakyatnya memiliki hak yang sama dalam pendidikan, peribadinya bagus, dan
saling membangun fizikal dan rohani. Pembangunan kota jadi bukti kejayaan bagi
sebuah Tamadhun Islam yang telus.
Kerajaan negeri juga memberi
sebahagian hasil kekayaan kepada kerajaan pusat Moscow. Chechnya, Degestan dan Tatarstan adalah tiga negeri Muslim yang
terbesar di Rusia. Manakala Khazan yang terkenal itu pula merupakan ibu negeri
bagi negeri Tatarstan.
Mengapa negara-negara
jirannya seperti Kazastan, Turkmenistan, dan Uzbekistan ini semua mempunyai
perkataan ‘Tan’ di hujung nama? Katya kata, sama apa yang terjadi kepada negeri
Tatarstan, mana-mana tanah yang diduduki oleh bangsa Tartar akan diberikan nama
‘Tan’.
Katya setuju hubungan
negeri-negeri Islam Rusia sangat baik dengan kerajaan pusat. Walaupun dulu ada
ura-ura Checnya mahu menubuhkan negaranya sendiri. Dia pernah juga singgah ke Kazhan
yang indah itu. Rusia memiliki ira-kira 25 juta penduduk Islam. Khabar-khabar
buruk mengenai Muslim Rusia yang sampai kepadanya disangkal dengan
pemerhatiannya sendiri. Orang-orang Kazhan meraikan sesiapa saja, ramah dan
sangat sopan.
Suatu hari nanti saya mahu
ziarah negeri-negeri Islam ini, perlu tunggu Katya balik ke Rusia dan dapatkan
surat jemputan visa darinya nanti. Mestilah nak naik juga Tren Siberian tu.
Menyebut tentang agama dan
gereja, Russian menganut agama Kristian Ortodoks. Hari sembahyang tak hanya
tertumpu pada hari Ahad sahaja. Manakala sambutan Krismas diraikan pada 7
Januari. Selama 7- 10 hari cuti dikhaskan untuk perayaan terbesar ini. Mereka
saling pulang ke kampung masing-masing dan saling bertukar hadiah.
Katya lupa apa sejarah perayaan Easter pulak. Ada
1 hari cuti saja diberikan kepada pekerja. Setiap rumah akan merebus sejumlah
telur dan menghiasinya dengan cat warna-warni. Jika ada tetamu yang datang, kedua-dua
telur masing-masing akan dilaga, telur yang pecah dahulu akan dimakan oleh si pemenang. Tetapi biasanya masing-masing akan makan
telur sendiri.
Kadang mereka tak juga pulang ke kampung malah
keluarga yang akan menjenguk mereka di Moscow. Mengapa Katya dan suaminya
memilih untuk tingggal di Moscow? Tak hanya anak-anak Rusia yang bermimpi mahu
ke Moscow, rakyat negara terdekat seperti Ukraine dan Belarus juga mahu
berhijrah ke Moscow. Bukan kerana ekonomi Rusia yang baik tapi sebab duit-duit
yang lebih banyak berada di Moscow.
Usai tamat sekolah, ibu bapa
Rusia melepaskan anak-anak kerja menjauh ke kota-kota yang lebih baik. Kos
hidup tak begitu mahal, dan kos pendidikan adalah percuma dari sekolah rendah
hingga ke peringkat universiti. Sebab itu juga ramai anak-anak Malaysia belajar
di sana, kos pengajian antarabangsa murah.
Katya bilang untuk makan di luar itu super
mahal. Tak ada kafe yang hanya menjual kopi, pasti semuanya menawarkan makanan
berat. Masak di rumah jauh lebih murah, cuma sekali-sekala hujung minggu sahaja
mereka dating di kafe. Musim sejuk yang panjang membuatkan kos makanan agak
tinggi, tanaman-tanaman perlu dijaga rapi dan barangan import perlu mendokong
keperluan rakyat juga.
Yang sangat diperlukan bayaran adalah bil-bil
air dan elektrik untuk memanaskan rumah sepanjang musim sejuk kira-kira
setengah tahun lamanya. Tergantung juga di mana lokasi sesebuah kota itu. Jadi
mereka seronok melakukan kayuhan di sini. Panas sehingga kulit-kulit mereka
gelap sedikit. Tapi mereka tidak menjangkakan hujan sedang bermusim di sini.