Warmshower #5 Chloe, Orang Perancis


“Hi! I’m still in Pontian finally! The fireman (bomba) offered me hospitality for the night.  And I will start cycling agai tomorroe. Like that you can enjoy the time with your family and we can have a breakfast together =),” Chloe menghantar kepada saya mesej yang akhirnya melegakan rasa bersalah saya menolak permintaannya untuk bermalam di rumah saya. Lagipun, lokasi temujanji kami adalah di tengah perjalanan Chloe dari Pontian menuju ke Muar.

Sebagai tanda maaf dan penghargaan kerana Chloe sudi menjadikan saya host nya, saya mengajaknya bertemu untuk sarapan bersama pada keesokan paginya. Ini juga hal yang tidak mahu saya lepaskan, walaupun cuma beberapa minit perbualan pasti membuahkan silaturahim baru dan pengembaraan yang unik dari kisah-kisah sang penunggang basikal seantero dunia.

“Good to hear that you got hospitality. A new baby will come a few minute more to our new house from hospital. So I didn’t reply your message directly. I am so sorry. See you tomorrow.” “We will meet tomorrow in Sanglang River (Sungai Sanglang) after the bridge there have small stall for breakfast. Let me know then what time we can meet tomorrow.”

Chloe berhasrat meninggalkan stesen pada jam 8 pagi selepas mengucapkan selamat tinggal kepada penghuni stesen. “… and don’t be sorry! Congrats to your family for this 2 beautiful babies… looking forward to meet you,” kata Chloe mengakhiri mesej WhatsApp.

Saya menunggu Chloe di gerai sarapan Mak Na seperti mana kami janjikan beberapa jam lalu. Hampir satu jam lamanya saya menunggu sejak jam 10.15 pagi. Biasanya, dari Bandar Pontian memakan masa perjalanan kereta kira-kira 20 minit, saya lipat kali gandakan waktu tersebut untuk bertemu Chloe. Kira-kira jam 8.30 pagi Chloe memaklumkan bahawa dia masih di stesen atas faktor hujan. Dan memulakan kayuhan saat hujan masih renyai.

Hujan terus membasahi bumi Pontian sejak Subuh lagi.  Satu demi satu kenderaan pelbagai jenis yang menyeberangi sungai Sanglang, saya perhati dan  teliti. Sesekali ada makcik berbasikal dalam renyai hujan juga seorang pakcik tua. Tapi bukan Chloe. Barangkali dia berteduh di mana-mana kerana hujan lebat di tengah perjalanan.

Pada jam 11.10 pagi pula saya beredar ke pekan Benut dan Sanglang untuk urusan bank dan perjumpaan komuniti wanita. “Mak Na, nanti kalau ada yang datang, minta tolong beritahu ya saya kat dewan Sanglang tu boleh tak?” “Boleh. Tapi ko tulis lah dalam bahasa Inggeris, Mak Na tak tahu”. “Oh tak apa, nanti saya telefon Mak Na ya?”.

Pulang saja dari pekan Benut sekitar setengah jam, saya dikejutkan oleh kehadiran sebuah basikal dan soerang minah saleh yang sedang duduk bersama kawan-kawan wanita saya di sebuah gerai di pinggir dewan Sanglang. Alhamdulillah. Bersyukur dan teruja yang amat.

Chloe menjamu roti canai dan telur tampal serta the tarik sambil saya sibuk menyegerakan tugas mesyuarat ringkas. Memandangkan hujan yang berlarutan, akhirnya Chloe sudi menjadi tetamu rumah saya. Dan akan kembali kayuh pada keesokan harinya. Lagipun, seorang bayi telah pulang ke pangkuan nenek sebelah ayahnya.

Kebiasaannya, cyclist akan tiba di rumah saya pada petang hari setelah seharian mengayuh, jadi kali ini kami banyak masa bersama berborak pelbagai cerita dari tengahari hingga ke waktu tidur. Sempat juga kami mnikmati suasana pasar lambak Sanglang, dan Chloe mencuba pelbagai jenis makanan yang baru baginya termasuk Murtabak Daging, Apam Balik, Pisang dan Keladi Goreng.

Chloe meluangkan masa dua tahun untuk bekerja sambil mengembara di New Zealand  dan Australia sebelum berkeputusan untuk membeli sebuah basikal. Tanpa menjamah tanah Indonesia, Chloe terus terbang ke Singapura dan memnuka buku kembara yang baru dengan mengayuh basikal untuk pulang ke Perancis.

My mum asks you, how many months you estimate to reach your country?” saya menerjemah soalan emak kepada Chloe.
“Maybe one year and half or 2 years..” ada tawa di hujung bicara.

Emak dan bapak memikirkan keberanian yang ada pada Chloe untuk mengayuh sebagaiamana tetamu lelaki yang lalu. Soal keberanian seorang wanita mengembara solo ia adalah tergantung kepada individu. Menurut saya sebagai seorang Muslim, dan sudah beberapa kali mengalami pelbagai peristiwa semasa sendirian, adalah baik sekali mengangkat sunnah yang mana wanita perlu mempunyai teman.

Benar kata Chloe, seberani mana pun wanita dan seselamat mana pun sesebuah kawasan, dia perlu berhati-hati kerana faham kondisi wanita dalam sosial kehidupan. Dia tidak akan melintasi tanah besar India kerana kadar keselamatan dirinya perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti, dan ada impian untuk mengayuh di sana dengan teman setelah kembali ke Perancis.

Ramai pengembara solo wanita yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran sama ada diceritakan atau menjadi rahsia peribadi. Sebelum menyerahkan segalanya kepada Allah yakni bertawakkal sepanjang pengembaraan, saya yakin bahawa sunnah berteman adalah usaha yang perlu diangkat oleh saya sebelum bertawakkal.

Chloe seorang yang ringkas tanpa ada cita-cita jangka panjang. Ramai teman-temannya sudah terjebak dengan dunia pekerjaan di Perancis dan mereka tidak menikmati hidup senikmatnya. Setakat ini Cuma dia bercita-cita untuk mengembara dan merasa bahagia sudah seperti cita-cita terbesar hariannya.

“France is developing country but the cost of living is very high. That can be the reason why a family nowadays just has 2 or 3 children. Both parents are working. I am never saw women just stay at home. Every woman is working. So 2 or 3 children are enough to be cared because the mother also busy…. Even education is free in France, other things we should spend a lot of money.”

“How about doing business in your country?”
“I think it goes same. We need to pay a lot on taxes. My father has his own restaurant. He is cook. In the beginning it hard to survive, he borrowed a huge amount and he paid back about 18 years. Now, his business is better than before. He got his independent of working, but you know the salary is depending on the restaurant performance daily. “

Kadar penceraian terlalu tinggi di Perancis, Chloe antara anak kepada ibubapa yang berpisah. Namun dia bahagia seperti keluarga yang lain. Ramai ibu bapa yang berpisah akan berbaik semula dan berhubung seperti biasa walaupun masing-masing telah berkahwin lain atau anak-anak telah meningkat dewasa.

Kata Chloe, semasa kecil ayahnya membantu emaknya dari segi kewangan untuk membesarkan dia dan dua lagi adik beradik perempuan. Setiap hujung minggu mereka akan bertemu ayah, hingga mereka dewasa masih menjalinkan hubungan yang baik. Hampir semua teman baiknya mengalami hal penceraian ibu bapa juga. Kini generasi muda seperti Chloe tidak yakin dengan ikatan perkahwinan, tapi masih mahu tinggal sebumbung dengan pasangan masing-masing dan merancang untuk memiliki anak.

 Dia juga setuju, faktor pegangan yang longgar terhadap agama mengakibatkan kadar penceraian tinggi. Dalam hal agama pula, di sekolah awam, tidak ada seorang pun boleh mengenakan pemakaian bersifat agama. Tiada salib. Tiada tudung. Tidak pula saya bertanya soal bagaimana pendidikan agama berlangsung di sekolah awam. Kadang-kala timbul isu makanan babi misalnya di kantin. Isu-isu kecil begini memerlukan ibu-bapa duduk bersama dan berbincang. Pilihan yang ada, pelajar Muslim digalakkan membawa bekal ke sekolah.

“In France, as you said such issue like Paris Attack happened before, gave impact to citizen’s opinion on other religion holder. They started pointing to one religion or race. But they forget that we are France citizenship. Why should us pointing to some race or religion. We are one community. It doesn’t matter what your origin country. France already colonized many country belong to multiple people, we allowed them to immigrant here. Live together. … it our history, we can do anything to ignore history. Now we should accept any result from what we have done. Historical events done, then we got beautiful multiple cultures, live in peace. We are France people” 

Saya hanyut dalam pendapat Chloe tentang sesetengah isu besar berlaku di Perancis dan Islam mendapat tempias yang besar. Chloe tiada masalah tinggal bersama pelbagai orang Muslim. Kebanyakan mereka berhijrah dari negara jajahan Perancis sendiri dan jiran tetangga seperti Tunisia, Morroco, Lebanon dan Algeria. Dia mengakui sejarah pemerintahan Perancis sebelum ini memberi kesan kepada corak dan arus kehidupan orang Perancis kini. Ia juga antara sebab mengapa Chloe keluar mengembara, mahu membuka mindanya kepada realiti budaya yang pelbagai.

Dan, Chloe masih merasa lucu mengapa saya bertudung ketika dia ada di rumah. Pada waktu yang sama, abang ipar saya ada di rumah. Setelah memberi penjelasan tentang pemakaian hijab, Chloe bersetuju dalam sesetengah perkara. Dia tidak memegang mana-mana agama dengan kuat, namun dia kelihatannya dia sangat terbuka menerima banyak perkongsian tentang Islam.

Semasa dia tidur di stesen bomba, Subuhnya dikejutkan dengan laungan azan yang kuat dari Masjid Pontian, yang hanya dipisahkan oleh pagar sebagai sempadan. “It is normal here in Malaysia, in Singapore there are not allowed to call for azan loudly. This is your first experience. That why you got surprise. It will be okay then

My mum said you look good with these clothes,” kata saya kepada Chloe.
Dia tersengih.
“Yes, I learned from my previous visit in Muslim country. I was in Morocco. They looked at me weirdly and talked each other. I knew they are talking about my dress.”

“Oh, I was in Morocco before too. They even spoke in France. I heard too the culture on accepting Europe culture. No problem.”
“Yes. Now, kids are not learning French anymore in school. Nope. They were happy to entertain guest in proper dress.”
“You are doing great thing. Normally I am not accepting women cyclist. For me it is okay to accept but I considered my family. So before I accept them, I saw their life in Facebook or Instagram. You are the first woman.”

Berdekah kami ketawa.
Chloe meraikan pemakain muslim dengan baik, dia mengenakan seluar panjang dan shirt pendek setelah tiba di rumah saya. Moga dia menerima hidayah dalam perjalanannya pulang ke Perancis. Setiap individu berperanan menjadi Islam walaupun dengan menjalani aktiviti rutin, segala rutin akan menjadi tumpuan di mata pengembara.

“France people don’t visit Eiffel tower… please visit other city too. They visited France before. When I asked which city, there said just Paris,” kata Chloe setelah mendengar khabar bahawa saya pernah ke Paris atas tujuan kajian tentang Napoleon Bonaparte pada tahun 2015. Dia mencadangkan agar saya mengembara ke Britanica. Sebuah negeri di mana, budaya asli Perancis serta pelbagai dialek masih utuh diamalkan di sana. Kelas-kelas dialek dianjurkan, pelbagai pesta tarian tradisional juga. Untuk menikmati kehijauan, Perancis memiliki banyak gunung di bahagian tengah dan selatan Perancis.

Baginya, Napoleon adalah seorang tokoh yang bagus, namun dia tidak boleh menyangkal beberapa perkara buruk yang telah Napoleon lakukan. Sebagai pelajar Undang-undang sebelum ini, banyak buku-buku yang ditulis oleh Napoleon diguna pakai, bereerti kebaikan tokoh ini terbawa-bawa hingga beberapa puluh tahun lamanya ke hadapan buat pembangunan Perancis.

Tentang kajian saya itu, masih belum terjawab adakah Napoleon mati sebagai seorang Muslim atau tidak. Yang pasti, Napoleon banyak terpengaruh dengan kehidupan seorang Muslim serta corak pemerintahan Islam semasa Napoleon berada di Mesir. Moga Chloe pun begitu, dalam acara merentasi pelbagai negara, Islam mekar dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment