Showing posts with label Travelog Transit & Terbang. Show all posts
Showing posts with label Travelog Transit & Terbang. Show all posts

Transit #1 Mei 2011 | KLIA Airport, Malaysia

Naik KLIA Transit (first time) RM26.50. Salah tunggu tempat. Hehe. Tunggu lagi ½ jam.

First time juga berada dalam di KLIA. Lap-lap badan, jalan sampai penat. Tidur kat surau. Tak selesa sebab not allowed rupanya. Then tidur atas kerusi. Jam 2 pagi baru tidur. Jumpa geng Sarawak jam 3. Coklat Glico dari Juen, makan bertiga dengan Wana. KLIA punya makanan yang mahal. Tak dapat nak beli.
            
Pertama kali naik flight di airport. Teruja, gembira pun ada. Alhamdulillah, ya Allah. Sedang yang lain sibuk bergambar. Sempat baca Mathsurat, dan tukar baju. Alhamdulillah dapat baju koprat yang labuh dengan Wana. Haritu request kat pengarah.
            
Sebelum semua peristiwa di airport ini, aku menyertai program sukarelawan dianjurkan oleh sekumpulan geng UTM dari dua buah kolej kediaman. Bunyi nak ke Sarawak, inilah masanya untuk mengembara ke sana, peluang yang hebat. Dan berbakti dan melihat wajah tanahair Sarawak, selain dapat menikmati penerbangan di langit biru.
            
Rezekinya juga, kami diterima ziarah ke bumi Brunei Darussalam usai program sukarelawan di Miri nanti. Dan pulang melalui kota besar Kuching pula. Aku tidak faham prosedur passport, maklumlah pertama kali buat passport kira-kira dekat  tahun lalu, atas sebab nak pulang ke kampung di Singapura. Bererti Brunei akan menjadi negara kedua selepas Singapura dengan pendekatan yang lebih menarik.
            
Passport mendekati dua tahun bererti kurang bakal habis tempoh sah, beberapa hari sebelum terbang, seorang sukarelawan memaklumkan bahawa aku perlu membuat passport yang baru untuk menembus sempadan Sarawak dan Brunei.
            
Dengan waktu persediaan yang semakin menyusut, sehari sebelum terbang aku pun berangkat ke Kuala Lumpur dan membuat passport di Wangsa Maju; di mana tempat aku bermain semasa mengaji di UTM KL dulu. Hanya doa dapat menyelamatkan keadaan, Allah pembuatan passport pada setengah jam sebelum waktu bekerja tamat.
            
Pegawai tersebut membuat pertimbangan setelah berbincang tentang penerbangan aku yang bakal berlaku kurang dari 24 jam, dan mohon maaf atas kelewatan hadir ke jabatan. Selesai urusan itu, aku berangkat ke KLIA dan menanti mereka yang berangkat dengan bas UTM dari Skudai.

            
Pertama kali jumpa airport memang menganga; terlopong mulut menikmati keindahan mekanikal bangunannya yang unik. Ini semua adalah tindak-tinduk pereka dalaman, jurutera dan arkitek serta segala pekerja yang terlibat dalam menampilkan suasana tenang untuk para tetamunya yang mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan menerima ucapan ‘selamat jalan’.


Travelog Sarawak & Brunei
N Tang

Transit dan Terbang

Kadang-kadang rindu suasana aiport. Ada roh dan pengaruhnya yang tersendiri.
- Kak U

Beberapa kali pergi dan pulang dari langit magika, pasti menemukan kita dengan batasnya; pintu kapal terbang dan pintu platform penerbangan. Belum pun kita tiba di airport, dengan memandangnya dari jauh sahaja sudah menjemput rasa sayu untuk pergi mengembara, atau rasa berbalas rindu bakal muncul saat menghampiri airport untuk pulang ke laman orang yang tersayang. Airport sepertinya adalah sebuah transit, bakal melontar jauh manusia ke langit.

Welcome on board! Sedang aku yang di bumi merindukan momen dipeluk langit yang sekadar tingkap pesawat menjadi batas. Rindu mahu terbang. Langit magika tak pernah mengecewakan, andai memandang laut sudah menemukan cinta kepada Ilahi, apatah lagi langit Allah yang luas melebihi luasnya laut dan daratan. Semua pasti rindu, rindu menikmati wayang putih tak berpenghujung. Pesawat hakikatnya juga sebuah transit, sebelum manusia jatuh kembali ke bumi; mengumpul cinta dan cita.

Antara transit dan terbang, pasti banyak kisah telah tercoret,walaupun cuma beberapa jam menikmati dua momen ini.

Berangkat ke langit Eropah; 2015