Showing posts with label Filem Review. Show all posts
Showing posts with label Filem Review. Show all posts

FILEM REVIEW | KINETIK

"Bergerak untuk melakukan perubahan"

Kadang aku merasakan, filem dari seberang seperti Indonesia, Thailand bahkan India, yang punya jutaan orang berganda dari kita dan lebih kebelakang kemajuan negaranya, memberi pengajaran yang hebat. Tamparan hebat sekali.


Majunya apa mereka? Kayanya apa mereka?

Majunya, mereka bergerak membaiki hidup dengan jiwa penuh bahagia. Kayanya itu jiwa mereka yang besar. Lantas memberi bukan kerana ada lebihan tetapi mereka pernah merasa hal yang sama tidak memiliki apa-apa. Memberi buat mereka merasa sama.

Filem pendek ini begitu mengisi kekosongan jiwa, yang merasa tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada, padahal yang tidak cukup itu boleh penuh dengan 'memberi', kemudian baru kita merasa cukup secukupnya.

Filem ini menginspirasi kita, supaya 'memberi' dengan apa yang kita ada, dan tak perlu melangkah jauh jika tiada daya, dua tiga langkah ke depan sudah dapat kita lihat peluang untuk memberi.

10/10

N Tang.

FILEM REVIEW | DUNIA DALAM KITA



"Belajar dari hari kemarin, Hidup untuk hari ini, Berharap untuk hari esok. Dan yang paling penting tidak berhenti untuk terus bertanya."


Filem ini adalah sebuah filem inspirasi dan motivasi kepada orang-orang seperti kita, betapa kita perlukan pengembaraan. Pengembaraan bukan hanya menggerakkan segala tulang dan otot kita pergi menjejak daerah lain, tapi mengutip cebisan-cebisan jiwa kita yang melayang mendahului langkah kita.


Usai pengembaraan akhirnya kita menemukan bahawa dunia kita adalah dalam diri kita sendiri. Itu, jiwa kita. Contohnya, ada orang yang pergi untuk mencari Tuhan, akhirnya dia temukan dalam hatinya sendiri.


Ada orang pergi untuk mengenal dirinya kembali setelah terperuk dalam kantor/pejabat berbelas tahun. Mana hobi-hobi memanjat gunungnya yang dulu, ke mana hujung minggunya diluangkan. Pergi, kemudian temukan jawapannya dalam diri mereka.


Kan dunia dalam kita, mengapa harus pergi? Ya iyalah, untuk menemukan dalam diri kita itu, kita harus pergi. Pergi mengembara!


Filem ini sarat dengan motivasi hidup, kembara, dan peningkatan kendiri. Betapa saya melihat setiap pengembara tegar yang melontarkan kata, jiwa mereka begitu tunduk ke bumi seperti padi. Warnanya emas, tapi tetap merendah diri atas nikmat yang telah dia nikmati, malah masih sedang dinikmati hingga kini.


Setiap dialog penuh kata-kata berharga. Tiada momen berlebihan, bahkan terlepas satu momen buat saya unsur sedikit ke belakang.


Seorang laki-laki yang mahu mencari jiwanya yang lain, lalu berhenti dari kantor dan mengembara ke sebuah daerah. Segalanya baru. Mahu mendekati seorang wanita pada masa yang sama, dia pun jatuh cinta ke dalam dunia pengembaraan dan pendakian. Dalam sebuah cafe, satu demi satu pengembara hebat Indonesia dia temukan dan mendapat motivasi kembara dan langsung kehidupan seorang manusia.


10/10.


Ayuh nikmati filemnya. Mana tahu, dengan filem ini, kita temukan sesuatu dalam diri kita.