"Belajar dari hari kemarin, Hidup untuk hari ini, Berharap untuk hari esok. Dan yang paling penting tidak berhenti untuk terus bertanya."
Filem ini adalah sebuah filem inspirasi dan motivasi kepada orang-orang seperti kita, betapa kita perlukan pengembaraan. Pengembaraan bukan hanya menggerakkan segala tulang dan otot kita pergi menjejak daerah lain, tapi mengutip cebisan-cebisan jiwa kita yang melayang mendahului langkah kita.
Usai pengembaraan akhirnya kita menemukan bahawa dunia kita adalah dalam diri kita sendiri. Itu, jiwa kita. Contohnya, ada orang yang pergi untuk mencari Tuhan, akhirnya dia temukan dalam hatinya sendiri.
Ada orang pergi untuk mengenal dirinya kembali setelah terperuk dalam kantor/pejabat berbelas tahun. Mana hobi-hobi memanjat gunungnya yang dulu, ke mana hujung minggunya diluangkan. Pergi, kemudian temukan jawapannya dalam diri mereka.
Kan dunia dalam kita, mengapa harus pergi? Ya iyalah, untuk menemukan dalam diri kita itu, kita harus pergi. Pergi mengembara!
Filem ini sarat dengan motivasi hidup, kembara, dan peningkatan kendiri. Betapa saya melihat setiap pengembara tegar yang melontarkan kata, jiwa mereka begitu tunduk ke bumi seperti padi. Warnanya emas, tapi tetap merendah diri atas nikmat yang telah dia nikmati, malah masih sedang dinikmati hingga kini.
Setiap dialog penuh kata-kata berharga. Tiada momen berlebihan, bahkan terlepas satu momen buat saya unsur sedikit ke belakang.
Seorang laki-laki yang mahu mencari jiwanya yang lain, lalu berhenti dari kantor dan mengembara ke sebuah daerah. Segalanya baru. Mahu mendekati seorang wanita pada masa yang sama, dia pun jatuh cinta ke dalam dunia pengembaraan dan pendakian. Dalam sebuah cafe, satu demi satu pengembara hebat Indonesia dia temukan dan mendapat motivasi kembara dan langsung kehidupan seorang manusia.
10/10.
Ayuh nikmati filemnya. Mana tahu, dengan filem ini, kita temukan sesuatu dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment