Naik KLIA Transit (first time) RM26.50. Salah tunggu
tempat. Hehe. Tunggu lagi ½ jam.
First
time juga berada dalam di KLIA. Lap-lap badan, jalan sampai penat. Tidur kat surau. Tak selesa sebab not allowed rupanya. Then tidur atas kerusi. Jam 2 pagi baru
tidur. Jumpa geng Sarawak jam 3. Coklat Glico dari Juen, makan bertiga dengan
Wana. KLIA punya makanan yang mahal. Tak dapat nak beli.
Pertama kali naik flight di airport. Teruja, gembira pun ada. Alhamdulillah, ya Allah. Sedang
yang lain sibuk bergambar. Sempat baca Mathsurat, dan tukar baju. Alhamdulillah dapat baju koprat yang
labuh dengan Wana. Haritu request kat
pengarah.
Sebelum semua peristiwa di airport ini, aku menyertai program
sukarelawan dianjurkan oleh sekumpulan geng UTM dari dua buah kolej kediaman.
Bunyi nak ke Sarawak, inilah masanya untuk mengembara ke sana, peluang yang
hebat. Dan berbakti dan melihat wajah tanahair Sarawak, selain dapat menikmati
penerbangan di langit biru.
Rezekinya juga, kami diterima ziarah
ke bumi Brunei Darussalam usai program sukarelawan di Miri nanti. Dan pulang
melalui kota besar Kuching pula. Aku tidak faham prosedur passport, maklumlah
pertama kali buat passport kira-kira dekat
tahun lalu, atas sebab nak pulang ke kampung di Singapura. Bererti
Brunei akan menjadi negara kedua selepas Singapura dengan pendekatan yang lebih
menarik.
Passport mendekati dua tahun bererti
kurang bakal habis tempoh sah, beberapa hari sebelum terbang, seorang
sukarelawan memaklumkan bahawa aku perlu membuat passport yang baru untuk
menembus sempadan Sarawak dan Brunei.
Dengan waktu persediaan yang semakin
menyusut, sehari sebelum terbang aku pun berangkat ke Kuala Lumpur dan membuat
passport di Wangsa Maju; di mana tempat aku bermain semasa mengaji di UTM KL
dulu. Hanya doa dapat menyelamatkan keadaan, Allah pembuatan passport pada
setengah jam sebelum waktu bekerja tamat.
Pegawai tersebut membuat
pertimbangan setelah berbincang tentang penerbangan aku yang bakal berlaku
kurang dari 24 jam, dan mohon maaf atas kelewatan hadir ke jabatan. Selesai
urusan itu, aku berangkat ke KLIA dan menanti mereka yang berangkat dengan bas
UTM dari Skudai.
Pertama kali jumpa airport memang menganga; terlopong mulut
menikmati keindahan mekanikal bangunannya yang unik. Ini semua adalah
tindak-tinduk pereka dalaman, jurutera dan arkitek serta segala pekerja yang
terlibat dalam menampilkan suasana tenang untuk para tetamunya yang mengucapkan
‘selamat tinggal’ dan menerima ucapan ‘selamat jalan’.
Travelog Sarawak & Brunei
N Tang
No comments:
Post a Comment