Dengan basikal berharga sekitar 20 ribu Euro, dia cuma membawa satu beg galas untuk satu tahun perjalanan pulang ke Belanda. Pada asalnya dia mahu bertemu anak-anak di Thailand, dan singgah di Georgetown untuk urusan visa perjalanan, transit sebentar itu menarik minatnya memulai kayuhan ke Selatan tanah air dan kembali ke Thailand melalui negeri-negeri di pinggiran Laut China Selatan pula.
"...so expensive, like 100 thausand Ringgit. I will steal your bike tonight!" anak-anak murid tuisyen saya bergurau. "No one will steal it here. It to big. That why i must go to Singapore to find the right tire with size of 28 incs. I cannot find it here", Arnold mengulas. Dia akan menjadikan kota Singa sebagai transit pusingan sebelum kembali ke Utara.
Dari Melaka Arnold mengayuh sejauh 110 km selama 10 jam, yang mana 7 jam berada dalam kayuhan, dan 3 jam lagi untuk foto, teduh dari hujan dan makan-makan. Saya perlu menghentikan separuh jam kelas tuisyen saya, anak-anak murid begitu teruja menyapa Arnold dalam Bahasa Inggeris yang terbatas. Saya gembira dapat menjadi penterjemah mereka, dalam masa yang sama mereka peroleh banyak input tentang basikal, kayuhan, pengembaraan dan penggunaan bahasa Inggeris yang ringkas., yang penting kedua-dua pihak bicara mengerti antara satu sama lain.
Arnold seperti atok-atok melayani cucu-cucunya, menaikan mereka ke atas basikalnya yang tinggi, menerangkan banyak teknologi baru basikal yang saya sendiri pun baru mengerti, Arnold turut berlumba basikal dengan anak murid yang menunggang motorsikal. Dengan 24 gear basikal, mereka kalah tetapi seronok hingga tidak mahu pulang ke rumah masing-masing. Arnold pengembara yang hebat, dia berusaha berkongsi sebaik mungkin kebaikan mengembara dengan gayanya tersendiri.
"This pasar malam only open in Wednesday?" "Yes only in Wednesday." "I am so lucky!", kata Arnold teruja meninjau pasar lambak di pekan Sanglang. Banyak orang menyapa Arnold dan sangat berusaha mencuba berbahasa Inggeris. Bagus sekali!
Arnold tiba di rumah sekitar Asar, sempat saya membawanya berkunjung ke pasar, makan ABC. Dan di kesempatan masa yang sedikit, saya membawa Arnold meninjau Kampung Puteri Menangis. Kampung ini adalah kampung tradisional yang paling hampir dengan rumah saya. Katanya, beliau tidak singgah mana-mana kampung di dalam perjalanan dari Melaka menuju ke rumah saya, bererti kebarangkalian dia tidak menikmati rumah Limas di Batu Pahat dan Muar itu ada. Walaupun Pontian ini antara daerah yang tidak begitu banyak rumah limas di Johor, saya cuba perkenalkan kepadanya dengan rumah-rumah di sini.
"Rumah ni dari zaman Jepun nak. Masa tu makcik kecik-kecik lagi, rumah ini dah ada... sekarang makcik serahkan kepada anak lelaki untuk jaga, dulu arwah ayahnya jaga." "It is about 1950 era I think, very good maintenance," balas Arnold. Usia rumah ini lebih dari usia Arnold.Arnold berkeliling rumah merakam foto rumah panggung makcik ini. Saya sendiri teruja menikmati keindahan dan rohani rumah lama inikan pula Arnold.Rumah pertama sebelum ini pula, adalah rumah kepada kawan bapak saya semasa di sekolah rendah. Kami berdua hanya terjah mana-mana rumah lama dan memperkenalkan diri saya sebagai anak kepada Ahmad dan Sal, atau cucu kepada Wak Jupri dari kampung sebelah. Saya sendiri belajar menyapa orang tua dengan bahasa yang sesuai tambahan saya tidak kenali mereka langsung, rupanya kenalan bapak. Banyak rumah yang memikat namun kami pulang, dan menikmati makanan dari pasar lambak.
"I am from Netherland, you called it as Belanda... some people got confused with New Zealand..small country in Europe..Yes Holland actually belong to my country, but most people know Holland is a country too."Arnold turut mengetahui bahawa Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, menjadi salah satu sebab untuk Arnold mengembara ke seluruh Malaysia. Katanya lagi, keluasan (42 km persegi) negaranya terlalu kecil berbanding Malaysia, namun orang-orangya merobohkan sempadan negara dengan keluar mengembara ke negara lain dan pulang dengan pelbagai pengalaman. Selain perbualan tentang Holland, Belanda turut memiliki negeri-negeri berbentuk pulau jauh dari tanah besar, dan masing-masing memiliki sistem pemerintahan sendiri dan mata wang berbeza.
Alhamdulillah, sebuah cita telah tercapai untuk berkongsi rasa pengembaraan bersama keluarga saya. Tak semua ahli keluarga saya yang hampir 20 orang ini berminat mendengar pengembaraan saya sendiri, namun pertemuan ini telah memberi banyak manfaat. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment