“Nama saya Lee Vian
Tien. Lee nama keluarga saya, Vian nama tengah dan Tien nama saya. Kawan
panggil saya Tien.”
“Oh awak ada 3 nama.”
“Ya semua orang Vietnam
ada 3 nama.”
“Macam mana boleh nama
David?”
“Nama Inggeris saya
David. Dulu masa saya sekolah, ada kelas agama. Cikgu kata saya boleh guna nama
David. Jadi saya pakai nama David hingga sekarang hehehe.”
Oh mungkin waktu itu,
cikgu David mengajar tentang kisah nabi Daud (David) kan. Tak mustahil. Saya
bertanya tentang namanya, sebab saya ada tanya tentang agama yang dianuti.
Iyalah, cyclist ni
macam-macam gaya pemakanan, ada yang vegetarian to save the world, daging putih
saja, tak makan kekacang dan lain-lain. Kadang tergantung agama yang dia anuti,
macam Hindu tak makan daging lembu.
David kata dia free thinker. Termasuk seluruh
keluarganya. Semua makanan dia belasah makan.
Saya jemput David ke
dapur. Dia kelihatan kelaparan. Habis kuih raya semua dijamah, sedap katanya.
Memang patut lapar, 10 pagi dia bersarapan dan makan tengahari sekali.
“David, mari makan. Awak
agama apa?”
“Apa tu?”
“Budha, Hindu, Islam..”
“Oh, tidak tidak. Saya free thinker.”
Maksudnya
semua dia makan, termasuk daging babi. Yes ini masanya nak tanya dia macam mana
rasa makan daging babi. Tapi, kerana keterbatasan bahasa Inggerisnya, dia tidak
dapat menerjemahkan rasa tu kepada kata-kata.
“Bukan rasa macam ayam?”
“Bukan.”
“Macam
lembu, kambing, ikan?”
“Bukan.
Oh susahnya saya nak bagitahu macam mana rasanya..”
“Hehehe.
Tak mengapa David.”
“Oh,
tapi saya tahu Malaysia tak ada daging babi kan?”
“Ada.
Tapi Islam tak makan. Orang Cina makan.”
“Orang
Vietnam semua makan.”
“Makan
nasi juga kan?”
“Ya,
kami makan nasi. Tapi pakai sudu garpu, chopstick. Malaysia pakai tangan.”
Teringat
dulu-dulu. Saya sekeluarga pernah duduk di ceruk Pekan Nenas. Kira-kira 1 batu
menuju ke jalan raya utama, yang kini dikenali sebagai jalan Pekan Nenas- . Tak
ada jiran, kecuali ‘Cina Panjang’ sebab dia tinggi sangat. Sebab dulu anjing
dia pernah gigit abang, kami tak pernah pun pergi rumah dia, jauh juga selang
beberapa kolam-kolam ikan. So kami, main-main antara adik-beradik saja. Masa tu
mak ada 10 anak.
Damailah
hidup kami di sebidang tanah bapak dengan pondok kami, penuh sayur-sayuran bapak
berlatar belakangkan Gunung Pulai yang indah. Berpetang-petang siram sayur,
petik petola dan bendi, teman mak cuci kain sambil amik upah kutip durian pakai
topi keselematan buruh, dan susun cawan getah Ah Pau.
Tiba-tiba
bau kandang babi meruap-ruap masuk ke udara kebun kami. Rupanya, disebelah
hutan sebelah kiri kebun ada operasi kandang babi yang besar amat. Baunya macam
mana? Macam kita naik kereta belakang lori babi, tingkap pulak terbukak, udara
yang nyaman tiba-tiba berubah. Nampak pulak pink-pink comot tengah
sengih-sengih pada kita.
Itu
satu hal. Hal kedua, tengahari buta balik sekolah tu, kami jalan kaki 1 batu ke
rumah 5-6 orang beradik. Udara berabuk dek lori yang menggesa tanah merah
terbang ke udara, hidung pulak terhidu-hidu bau kandang babi. Kandang ni lagi
lama beroperasi daripada kandang sebelah rumah. Kadang tu, kami kena tunggu air
pasang surut dari melimpah ke tebing parit. Baru dapat lintas. Was-was dengan
air parit tu kan.
Hari-hari pulang pergi
ke sekolah seperti itu. Udara segar –bugar dari kebun demi kebun yang kami
lintas, tiba-tiba bau dasyat, cepat-cepat jalan pergi pondok bas pagi buta.
Macam
bapak kami masa tu, kerja kandang itik. Pagi-pagi siram najis itik terus
mengalir ke longkang. Mestilah najis babi pun prosesnya sama. Tak ke?
Tahun-tahun berikutnya, ada pulak tepi jalan merah tu ladang orkid yang
gemuk-gemuk lagi cantik. Tersebar pulak cerita, mereka siram pokok orkid dengan
najis babi dari kandang tu. Oh tidak.
Kadang
ada air pasang ‘Keling’ datang, kebun sayur bapak dipenuhi air separas betis. Tapi, satu hari air pasang besar
sangat. Saya dikeluarkan dari kebun tu dengan di dokong oleh kawan kerja bapak
atas bahunya. Paras air tu dah sampai dada orang dewasa. Sejak itu kami
berpindah rumah atas sebab kandang-kandang itu dan faktor lain.
Beberapa
tahun menjejak tahun 2000, tersebarnya berita tentang virus H1N1. Kami dengar
kandang-kandang tu semua tidak lagi beroperasi. Apapun, uncle China, bos
kandang tepi jalan pernah tolong mak. Dia hantar mak yang sakit nak bersalin,
jalan kaki nak jalan utama. Minta tolong dia hantar hospital. Dan kedai runcit
dalam ladang orkid tu saja yang paling dekat, dapat tengok macam-macam jenis
pokok orkid.
Kembali
kepada David. Hehehe. Gopoh jugak makan.
“Pedas
tak?”
“Tak.”
“Orang
Vietnam makan pedas ke?”
“Tak
jugak. Di Selatan makanan pedas. Tengah Vietnam sederhana, di Utara tak pedas….
Eh awak kan cikgu bahas Enggeris, ajarlah saya”.
“Hehehe.
David, bahasa perlu dibelajar secara lisan. Kena selalu cakap. Praktis. Dan
asalkan masing-masing faham”.
“Saya
ada belajar dulu di sekolah. Tapi saya tak pandai sebab tak rasa penting pun
subjek tu. Tapi bila travel saya rasa penting."
“Tapi
makin baik kan awak cakap Enggeris?”
“Ya,
main baik. Mula-mula susah jugak. Ada jugak kampung-kampung dalam Kemboja,
Thailand mereka tak pandai cakap Enggeris. Saya rasa saya pandai dari mereka
hehehe. Kami pakai bahasa isyarat tangan dan badan.”
“Hehehe.
Nanti awak setahun habis pusing Asia Tenggara ni, lancar dan cakap Inggeris ni.
Jangan risau. Yang penting ada rasa nak belajar.”
Saya
kemas-kemas dapur. Saya tengok depan, David ni macam bapak jugak, duduk layan
tv. Masing-masing diam terpedaya. Oh David, kesiannya. Saya pun ajak dia ke
ruang koleksi barang antik bapak. Kebanyakkan barang antik dari bahan tembaga.
Saya
fikir barang-barang ni semua ada lagi di Vietnam. Jadi saya tak berapa teruja
nak bercerita. Rupanya David pun berminat dan banyak barang-barang belum pernah
dia nampak, tapi ada juga yang dia tahu fungsi mereka.
Sampailah
kepada kendi, alat cuci tangan tu kan. Mujur pulak masa dia makan tadi saya
sediakan juga yang plastik.
“Oh,
saya tahu Muslim mesti makan tangan kanan. Sebab tangan kiri ni untuk bersihkan
najis.”
“Betul.”
“Dan
langkah ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.”
“Mana
awak tahu semua ni?”
“Ada
pakcik dekat masjid beritahu saya macam-macam tentang Islam. Siapa Muhammad? Rukun Islam.. dia banyak cerita.”
“Macam
mana awak kenal pakcik tu?”
“Sebenarnya
saya tahu tentang Warmshowers ni semasa saya jumpa Alex tengah kayuh
keliling Malaysia. Jadi saya berkhemah
atau tumpang masjid.”
“Wah.
Berapa banyak masjid awak singgah?”
“Dalam
10 masjid macam tu. Saya suka tinggal di masjid. Mereka layan saya dengan baik.
Mula-mula saya jumpa kumpulan pakcik yang tinggal di masjid, mereka banyak
cerita tentang Islam, solat dan ajak saya makan sama-sama.”
David
tunjukkan gambar sebuah masjid dan pakcik-pakcik yang banyak bercerita tu, saya
kira mereka ahli jemaah Tabligh. Masjid di Hulu Langat, dan David dibawa ke
rumah mereka. Makan, cerita lagi, tengok cara perubatan Islam, dan tunjukkan
gambar-gambar dalam frame berkenanan Islam.
MasyAllah
saya jadi tersentuh hati tengok David bercerita dengan teruja. Bermula dari
sini, David bercerita dan bertanya tentang, mengapa perempuan pakai baju putih
dan hitam masa solat. Saya solat 5 waktu tak? Kenapa saya tak ke masjid? Dia
tidak membandingkan agama, malah menghargai setiap nilai dan ajaran pelbagai
agama.
Kembali
ke ruang tamu, kami banyak juga bincang tentang Vietnam. David tinggal bandar
Ho Chi Minh. Yang sesak dan sibuk. Nak lintas jalan, walaupun traffik light
hijau, tetap tak sempat nak lintas. Tapi dia berasal Dak Lak, sebuah kampung
berbukit.
Kampung dia ada sumber
cili, kayu balak, durian pun ada. Ada banyak ladang kopi. Dan sinonim dengan
pelancong yang nak tengok kehidupan gajah Vietnam. Dia kata setiap kali tahun
baru kalender Vietnam, kampungnya sedikit sejuk. Mungkin memang tempias musim
sejuk di Asia dan Eropah. Perayaan Tet atau tahun baru mereka jatuh pada bulan
Febuari menurut David.
Cerita-cerita
kampung dia sampai teruja emak nak ke sana nanti. Tapi tunggu David balik,
tahun depan hehehe. David kata Ha Long Bay yang terkenal di kalangan traveler
Malaysia tu banyak pelancong jadi agak bosan bagi dirinya.
“Untuk
bangunan sejarah, saya cadangankan Da Nang City. Rumah-rumah lama terletak di
Hoi An… untuk natural view, pergilah ke Ninh Binh berdekatan dengan Hanoi”.
“Okay,
macam mana suasana hari Tet?”
“Tet
ini macam hari raya awak jugak. Tak ada biskut raya, tapi ada kek-kek. Awak pun
ada kasi duit kan pada kanak-kanak?”
“Oh
ada juga ya?. Sama.”
“Ada
dalam sampul jugak. Beri pada orang tua jugak yang sudah umur 70, 80 tahun.
Seminggu cuti. Ada ziarah-ziarah. Kawan saya datang rumah, kawan kakak datang
rumah…”.
“Em
perkahwinan macam mana pulak? Berapa umur perempuan kahwin?”
“Sekarang
dah tak kisah. Tapi mengikut undang-undang, perempuan umur 18 tahun sudah boleh
kahwin, lelaki 20 tahun.”
“Suasananya
macam mana?”
“Vietnam,
lelaki perempuan tak perlu kasi duit kahwin.”
“Apa?
Tak ada duit kahwin? Macam mana nak buat parti?”
“Hehehe. Betul tak ada. Sana ada 3
kali datang rumah. Tanya mahu kahwin ke
tidak, kahwin kemudian parti.. mak bapak buat majlis, lepas tu orang-orang yang
datang akan beri sagu hati kepada mak bapak. Jadi wang tu semua boleh guna
untuk cover belanjawan awal tu”.
Ringkas
betul upacara perkahwinan mereka. Saya pun cerita tentang perkahwinan Islam dan
budaya Malaysia. Sampai mata kelabu asap ngantuk.
Esoknya,
saya tergesa-gesa ke kelas tuisyen. Sempat gorengkan onde-onde bijan dihidang
dengan teh panas. Masing-masing sibuk jugak buat ucapan dalam buku guest house,
saya pula dalam buku Travelog Mity saya. Dia kata tak apa, mana tahu dia
belajar cakap Melayu masa di Indonesia nanti, bolehlah baca buku saya.
Comel,
sebab dalam banyak-banyak barang yang dia heret sepanjang kayuhan ada
kepingan-kepingan poskad Vietnam sebagai hadiah kepada kenalan jalanan dia.
Saya dapat poskad bergambarkan Universiti Hanoi, universiti paling tua di
Vietnam.
Moga
Allah membuka hati David untuk mengangkat kalimah Syahadah. Amiin.
Cam on -
Thank you
Tam biet -
Good bye
Hen gap lai -
See you again.
No comments:
Post a Comment