Apa istimewa Ramadhan di Singapura?
Luar biasanya, Melayu di sana cuma sekitar 15% dari segenap populasi ditambah pula dengan pekerja-pekerja Muslim antarabangsa, jadi kita akan merasakan perbezaan besar berbanding menyambut Ramadhan di tanah air yang dikelilingi orang-orang Muslim tempatan majoriti. Tapi, di Singapura keraian Ramadhan dan Syawal turut dirasai oleh seluruh Singapura. Khemah-khemah bazar sudah awal-awal meriah didirikan di banyak daerah.
Istimewanya lagi, memandangkan jumlah masjid yang sekian banyak dan agak jauh bagi sesetengah warga, bawah-bawah blok dikemas dan dirapikan sebagai tempat khas oleh pihak masjid terdekat untuk penghuni blok berjemaah bersama. Imam juga dikirimkan khas oleh masjid untuk penghuni ini sepanjang Ramadhan.
"Baik Tarawih di masjid mahupun di kolong blok, ada
saja rakan-rakan lama akan turun berkumpul. Seolah-olah kami berjumpa di tempat
kami ‘bermain’ sewaktu kecil dahulu. Itulah keindahan suasana Tarawih di bulan
Ramadhan di sini bagi saya." - Hafizah
Semua masjid ada usaha tersendiri bersama-sama jemaah memeriahkan Ramadhan di Singapura. Mahu solat Terawih di setiap masjid berbeza juga tak masalah. Berikut adalah masjid-masjidnya,
1. Masjid Sultan
Menurut BBS, Ramai sekali Malaysian yang berkunjung ke masjid ini kerana lokasinya terletak di Kampong Glam, pekan yang sarat dengan sejarah, rumah-rumah kedai antik dan terletak di kawasan tumpuan pelancongan. Masjid ini adalah sultan kepada masjid lain, kerana ia berperanan sebagai masjid nasional Singapura, dan azannya diizinkan bergema keluar. Indah sekali melihat para pelancong asing menyempatkan diri masuk menziarahi masjid yang sangat berwrna-warni ini, menampakkan pentingnya masjid ini mendukung imej Islam di Singapura.
Saat Ramadhan, sukarelawan iftar dibuka kepada umum. Kira-kira 800-1000 orang menyertai iftar di sini, boleh makan sama dengan turis-turis sekali hehehe. Bubur disebarkan usai solat Asar, dan emak bilang, bubur Singapura ada rasa yang berbeza dari Malaysia. Harus dicuba. Kuliah Ramadhan disediakan khas selepas Zohor setiap hari dan sahur turut disediakan pada 10 malam terakhir untuk kira-kira 300 orang.
Boleh juga solat Magrib di sini, nanti Ishak dan Terawih dibuat di masjid berdekatan seperti Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Malabar.
"Aura ketenangannya berbeza. Mungkin kerana para orang soleh selalu hadir dalam masjid ini" - Hafizah
2. Masjid Yusof Ishak
Masjid Yusof Ishak inilah antara masjid yang paling dekat sekali dengan Johor. Terletak di Woodland, boleh naik bas atau pecut kereta sekejap, malam lepas terawih balik semula ke Johor. Ia merupakan antara masjid baharu, 5 tingkat dengan pelbagai fasiliti.
Boleh dapatkan bubur selepas Asar. Masjid ini dan masjid lain rata-rata mengadakan Tadarus Quran untuk muslimin selepas terawih, manakala wanita pula setiap pagi. Yang best, masjid ini mengadakan mother-child prayer room, yakni bilik khas untuk ibu-ibu yang mahu solat berjemaah disamping anak-anak kecil.
Foto -Hafizah
3. Masjid Pertempatan Sembawang
Bersebelahan dengan Woodland, Sembawang pula memiliki masjid paling nyaman dalam suasana kampung di Singapura dengan diapit oleh hutan. Bunyi cengkerik dan burung-burung sangat jelas kedengaran damai. Menurut BBS, masjid ini sedikit jauh menghampiri pantai, jadi pengguna bas perlu berjalan sedikit ke dalam. Walaupun dalam hutan, saat Ramadhan masjid ini sentiasa dipenuhi jemaah sepanjang Ramadhan. Kerana faktor parkir yang banyak dan suasana kampung yang jemaah dambakan. Iftar disediakan sepanjang Ramadhan, ramai juga yang iktikaf di 10 malam terakhir.
Saat solat Hari Raya, jemaah penuh hingga membanjiri parkir hingga ke bawah pokok-pokok gergasi di sekitar masjid. bestnya, solat dibawah lindungan dahan dan daun-daun hutan.
4. Masjid Abdul Ghafoor
Ini masjid paling unik rekabentuknya. Segala sudut senibinanya memiliki simbolik tersendiri, perlu baca buku BBS lah hehehe. Namun, sekarang masjid ini sedang dalam proses pembaikan di beberapa sisi masjid. jadi tahun ini, masjid menghadkan kuantiti iftar kepada 600 orang. Tahun-tahun sebelum ni, masjid ini antara yang termeriah mengadakan iftar sekitar 1000 orang, ramai pekerja-pekerja Pakistan dan Bangladesh akan berkumpul di sini untuk rewang dan iftar sama.
Istimewanya Ramadhan di masjid ini, bubur dihidangkan kepada umum dan sebelum iftar akan diadakan kuliah dalam bahasa Tamil. Ada Majlis zikir setiap Khamis malam. Kira-kira 500 orang boleh menyertai Sahur, dan untuk Puasa 6 di bulan Syawal nanti, ada iftar disediakan kepada kira-kira 200 orang.
5. Masjid Al Abdul Razak
"suasana perkampungan wujud di sini meskipun dikelilingi rumah teres Dan bungalow. Mungkin juga kerana para habaa-ib sering berikan ceramah kuliah subuh (sesuatu yang agak memerlukan juhud untuk dilakukan Dan menghadirkan diri). Keistimewaan masjid ini sangat ketara..." - Hafizah
Di samping Masjid Darul Aman yang terkenal dengan rekabentuk rumah limasnya, di Eunos juga terdapat sebuah lagi masjid yang kecil tapi kelihatan bersemangat membangun Islam di samping rumah-rumah teres mewah yang kehijauan, banyak sangat pokok-pokok menghiasa laman-laman rumah.
Saat Ramadhan, Iftar turut disediakan juga bubur usai jemaah Asar. Manakala Iftar disediakan pada 10 malam terakhir.
"Menariknya, masjid ini mula dibina pada pertengahan tahun 1964, ketika itu Singapura masih di bawah pemerintahan Malaysia. Setahun kemudian pula ia siap, setelah Singapura menggapai kemerdekaannya. Abdul Razak dinisbahkan kepada penderma Arab dari Kuwait." -Bulan Bintang Singapura.
6. Masjid Al Islah
Masjid Al Islah ini terletak di daerah Punggol, masjid paling moden senibinanya menurut BBS. "Makin saya mendekati dewan solat laki-laki, makin jelas saya lihat kaligrafi kufi gergasi tergantung pada sudut kanan dinding hadapan masjid. Tinggi mencecah langit-langit masjid. Tak ada mimbar dan mihrab tipikal seperit masjid lain. Namun di tengahnya ada pentas kecil sebagai ganti mimbar."
Ketika pembinaanya 3 tahun lalu, pertandingan rekabentuk masjid dibuka kepada umum, kerana itu senibinanya kelihatan moden sekali dan luar biasa. Siap dengan parkir di basement, dan beberapa lantai siap dihiasi taman tak berbumbung. Sementara menunggu ibu-ibu solat, anak-anak boleh bermain di taman terbuka.
Masjid ini juga memiliki ruang yang terbuka 24 jam untuk manfaat jemaah. Sepanjang Ramadhan, barisan imam telah disenaraikan ada pengedaran bubur juga. Dan menjadi tradisi di sini, jemaah akan beriftar dengan kurma dan air dahulu, solat Magrib berjemaah kemudian makan malamnya. Di sini pula, solat Terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat diikuti solat Witir, diikuti oleh kuliah selepas Terawih pada setiap Jumaat dan Sabtu malam.
7. Masjid Kampung Siglap
"Masjid yang sentiasa berjihad untuk mengeluarkan graduan graduan para huffaz Alquran. Para imam untuk solat Tarawih pun kebanyakannya merupakan Hafiz Alquran" - Hafizah
"Masjid ini telah didirikan sebelum tahun 1903 lagi, kemudian pada tahun 1990an muncul idea untuk mendapatkan tempat hafazan Quran dan belajar Quran secara kursus. Masjid ini telah terpilih kerana kedudukannya yang jauh daripada kehidupan hiruk-pikuk bandar dan senibinanya ala kekampungan." - Bulan Bintang Singapura (BBS)
Masjid Kampung Siglap juga dikenali sebagai Darul Quran kepada bumi Singapura. Masjid ini seperti juga kebanyakan masjid lain memiliki fleksible door yang boleh menyambungkan banyak ruang menjadikan dewan solat semaksimum yang mungkin.
Untuk Ramadhan, sebuah program khas diadakan untuk warga senior yang tunggal, iaitu The Home Makeover Project (HMO). Di mana komuniti HMO ini akan mengecat semula dinding rumah, mengantikan perabot yang perlu serta bantu membersihkan rumah. Untuk solat jemaah nanti, ibu-ibu berserta anak disediakan ruang khas juga, usaha ini pun dilaksanakan oleh banyak masjid lain juga.
8. Masjid Darul Ghufran
“Ada komuniti yang tua tidak dapat berjalan ke masjid, mereka boleh turun sahaja bawah blok dan dirikan solat berjemaah. Kita pun faham kedudukan masjid sebenarnya agak jauh dari kawasan perumahan. Walaupun dah buat kaedah ini, masjid juga tetap penuh. Sangat meriah. Ada kami berikan aiskrim, dan air isotonik untuk orang dewasa.” – Bulan Bintang Singapura (BBS)
Masjid Darul Ghufran tahun ini telah rasmi menggunakan bangunan barunya, yang boleh menampung 5,500 jemaah menjadikannya masjid paling besar di Singapura. Rooftopnya juga boleh dibuka untuk memuatkan ribuan jemaah. Terletak di sebelah Barat Singapura berdekataan Changi. Siapa nak terbang dari airport Changi tu boleh singgah sekejap solat di sini.
Soal iftar, masjid ini antara destinasi iftar yang terkenal di Singapura. Seperti masjid lain juga, masjid ini turut disertai oleh Muslim pelbagai bangsa dan negara untuk membantu di dapur dan sama-sama iftar. Istmewa Ramadhan ini, diadakan Moreh bersama Imam pada setiap Jumaat Malam (light meal & portluck), dan My Ramadhan Academy iaitu Youth Qiyamullail sepanjang Ramadhan.
Foto - Masjid Darul Ghufran
9. Masjid Kassim
Di samping Masjid Hj Mohd Salleh dan Masjid Khadijah, Geylang juga terkenal dengan Masjid Kassim; antara masjid tertua Singapura yang berdiri sejak tahun 1920an. Kini, masjid ini berdiri disamping Wisma Indah Building yang memayungi banyak institusi Islam dan boleh menampung jemaah seramai 2000 orang.
"Saya sentiasa rasa bahawa seolah-olah masjid Kassim adalah hab (hub) ilmu kerana kawasan masjid ini dikelilingi dengan kedai-kedai buku serta pusat-pusat tuisyen dan kelas kelas yang menyemarakkan ilmu agama" - Hafizah
Sepanjang Ramadhan ini, Imam Nawawi Wasid Sahim Al-Hafiz akan memimpin solat jemaah Terawih. Malah, ada juga pelajar Tahfiz Singapura akan diberikan pendedahan untuk memimpin solat dibawah pantauan oleh Imam Nawawi Wasid Sahim Al-Hafiz. Sepanjang Ramadhan usai Magrib, syarahan dibawakan khas kepada jemaah, begitu juga Kuliah Subuh pada setiap pagi Ahad.
Foto - ADIL
10. Darul Arqam
Darul Arqam ini berperanan sebagai Muslim Converts' Association of Singapore. Penting tugasnya dalam menyediakan program-program khusus untuk saudara baru kita. Sebelum Ramdhan lagi Darul Arqam mengadakan kursus khas Fiqh Ramadhan merangkumi; What nullifies our act of fasting? What are the recommended (Sunnah) acts to complement our fasting? Besides Tarawih prayer, what other prayers did the Prophet (PBUH) do? What and when is the ‘Night of Magnificent’ (Lailatul Qadr)? Why do we need to pay alms (Zakat Fitrah)?
Pasti terasa istimewa dapat menjalani ibadah Ramadhan bersama teman-teman mualaf di sini. Para mualaf malah diajak berterawih bersama di beberapa masjid tertentu di bawah program Traweller 2019. Perjalanan Terawih akan dibantu oleh wakil Darul Arqam di setiap masjid. Jadi siang hari saja, kita ziarah Darul Arqam, seperti apa rumahnya kan?
"Surau yang kecik tapi sangat berbakti kepada masyarakat. Di tengah kesibukan Geylang Serai, saya rasa saya paling selesa dengan masjid ini mungkin kerana Ianya berhawa dingin Dan berkonsep 'homely'" - Hafizah
Foto - Darul Arqam
Alhamdulillah, tersenarai sudah 10 masjid Singapura. Semangat menjalani ibadah Ramadhan yang mulia ini.
Dapatkan buku travelog Bulan Bintang Singapura ya, moga bermanfaat hendaknya buku ini kepada masyarakat. Boleh dapatkan dari Mar wassap +60169403041 atau dapatkan di website Kertas Terbang Studio https://kertasterbangstudio.com/
"Buku ini mengisahkan tentang perjalanan Nilam Tang yang melakukan beberapa siri kunjungan ke Singapura untuk menyelami kerohanian dan melihat perkembangan agama islam di sebuah negara yang dianggap demokratik sekular. Pada masa yang sama menjejaki kenangan hidup emaknya sejak tahun 60-an hingga kini.
Singapura yang dahulunya dihuni majoriti masyarakat melayu berubah lanskapnya setelah kedatangan inggeris dan kemasukan ramai pendatang luar menjadikan kuasa politkk dan majoriti penduduk juga berubah bukanlah satu hal yang mustahil akan terjadi di mana-mana jua. Penulis merasakan pengalaman kembara sebagai muslim dan minoriti dengan cara bergaul dan menjalani kehidupan sebagaimana warganegara ‘minoriti’ Singapura melaluinya.
Makanya, untuk membesarkan minoriti itu, penulis pergi ke pasar-pasar besar, mendatangi pekan-pekan dan rumah-rumah Melayu, ziarah puluhan masjid, menyertai kuliah-kuliah, dan akhirnya penulis mendapati kategori ‘minoriti’ tidak menenggelamkan malah membangkitkan Muslim Singapura dari dalam. Seperti lambang metafora bulan dan bintang di kubah masjid di Singapura sebagai lambang keislaman dan penyatuan. Bagi penulis pula bulan yang satu tak pernah tenggelam di kalangan majoriti bintang-bintang. Kedua-duanya saling mendokong dan memperindah alam."
Terima kasih, semoga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi.
No comments:
Post a Comment