Sekarang selepas melewati beberapa tahun pengembaraan, saya kesal tidak menulis dengan baik kerana kini beberapa tulisan saya tidak fahami oleh diri sendiri, dan agar sukar mengimbau memori apa yang telah terjadi tika itu.
Saya kesalkan, banyak sekali memori tidak saya coretkan. Kesal kerana telah pergi memori yang sayang-sayang dipinggirkan ke tepi, tapi tetap pergi kerana sikap suka menangguh saya.
Dengan ada catatan buku yang sedia ada, saya ingin mengusahakan berkongsi kepada kalian akan apa yang saya alami dan saya kira baik dikongsi sebelum ia pergi dengan benar-benar pergi. Juga, agar ia tidak menjadi beban buat pengembaraan yang mendatang. Berat untuk memulakan catitan travelog baru setiap kali, kerana travelog lama belum saya kongsikan sebanyaknya kepada kalian.
Catat dan catit untuk orang lain, itu bererti sebuah kebebasan dan kepuasan kepada saya; juga motivasi untuk pergi mengembara dan kembali kepangkuan masyarakat. Pada hak pengembaraan saya ada hak yang lebih besar harus saya tunaikan kepada ummat ini.
Selamat menikmati pengalaman yang berbaki. Maaf untuk tidak berkongsi sedari dari awal lagi.
Tang.
Ulu Camii / Masjid Ulu, Mardin, Turki |
No comments:
Post a Comment